Saturday, December 2, 2023

PULAU LANGKAWI


PENGENALAN

Langkawi merupakan daerah kepulauan dalam negeri Kedah Darul AmanMalaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.



Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang.Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.











No comments:

Post a Comment

PULAU LANGKAWI

  Langkawi adalah tempat yang penuh dengan keindahan alam contohnya pulau-pulau yang berada berdekatan dengan pulau langkawi https://hobytra...